Thursday, November 22, 2007

Apa perlu lihat pada prospektus?

Faktor-faktor yang perlu diteliti bila kita nak melabur:
  • Objektif pelaburan - ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda kehendaki ketika memilih dana tersebut.
  • Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan yang anda yakini.
  • Saiz dana dan aliran pertumbuhan.
  • Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.
  • Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.
  • Jenis dan jumlah yuran - fahami supaya anda tidak terkejut.
  • Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini.
  • Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.
  • Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang amanah).

Wednesday, November 21, 2007

Macamana nak start invest dalam unit trust?

Ada empat cara utama untuk kita invest dalam unit trust:

  • Lump-sum purchases: Contohnya kita ada RM100000.00 kemudian kita labur dalam unit trust untuk tujuan tertentu seperti untuk hari tua, pendidikan anak ke dll. Biasanya period duit dilaburkan adalah 3 - 20 tahun. Yang mana pelaburan tadi akan meningkat dari masa ke semasa ( accumulate over the period).
  • Regular saving:Contohnya setiap bulan kita simpan RM100. Ini adalah merupakan kaedah pelaburan yang paling ideal. Kaedah ini juga di kenali sebagai dollar cost averaging.
  • EPF transfer (KWSP): Syaratnya pencarum mesti ada dalam akaun 1 sebanyak RM55000 dan ada pengiraan tertentu terlibat. Syarat ini mungkin akan perubahan mengikut pengumuman dari pihak terbabit dari masa kesemasa.
  • Pinjaman(Loan): Kaedah ini tidak digalakkan. Tetapi sekiranya pelabur ingin juga menggunakan kaedah ini adalah dinasihatkan mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan yang bertauliah.

Ini adalah mengikut fahaman penulis dari apa yang dibaca. Sebarang komen adalah dialu-alukan.

Monday, November 19, 2007

Unit Trust

What is Unit Trust? Dana unit amanah ialah skim pelaburan yang dibentuk untuk membolehkan para pelabur menyertai pasaran wang, hutang, ekuiti dan derivatif. Pengurus pelaburan professional akan mengendalikan dana yang dikutip melalui skim ini untuk mencapai objektif pelaburan.Unit amanah adalah jentera pelaburan yang mampu dimiliki, mempunyai kecairan dan berisiko rendah. Oleh itu, skim ini sangat sesuai untuk perancangan kewangan individu dan syarikat. Unit trust funds are investment schemes structured to allow investors with similar investment objectives to participation in the money, debt, equity and derivative markets. Professional investment managers, who channel their efforts towards achieving investment objectives ranging from regular income to capital growth, will manage funds collected from the schemes. Unit trusts are excellent vehicles for individual and corporate financial planning due to their affordability, liquidity and relatively low risk nature. From: http://www.gov.my