Thursday, November 22, 2007

Apa perlu lihat pada prospektus?

Faktor-faktor yang perlu diteliti bila kita nak melabur:
  • Objektif pelaburan - ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda kehendaki ketika memilih dana tersebut.
  • Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan yang anda yakini.
  • Saiz dana dan aliran pertumbuhan.
  • Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.
  • Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.
  • Jenis dan jumlah yuran - fahami supaya anda tidak terkejut.
  • Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini.
  • Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.
  • Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang amanah).

No comments: