Wednesday, November 21, 2007

Macamana nak start invest dalam unit trust?

Ada empat cara utama untuk kita invest dalam unit trust:

  • Lump-sum purchases: Contohnya kita ada RM100000.00 kemudian kita labur dalam unit trust untuk tujuan tertentu seperti untuk hari tua, pendidikan anak ke dll. Biasanya period duit dilaburkan adalah 3 - 20 tahun. Yang mana pelaburan tadi akan meningkat dari masa ke semasa ( accumulate over the period).
  • Regular saving:Contohnya setiap bulan kita simpan RM100. Ini adalah merupakan kaedah pelaburan yang paling ideal. Kaedah ini juga di kenali sebagai dollar cost averaging.
  • EPF transfer (KWSP): Syaratnya pencarum mesti ada dalam akaun 1 sebanyak RM55000 dan ada pengiraan tertentu terlibat. Syarat ini mungkin akan perubahan mengikut pengumuman dari pihak terbabit dari masa kesemasa.
  • Pinjaman(Loan): Kaedah ini tidak digalakkan. Tetapi sekiranya pelabur ingin juga menggunakan kaedah ini adalah dinasihatkan mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan yang bertauliah.

Ini adalah mengikut fahaman penulis dari apa yang dibaca. Sebarang komen adalah dialu-alukan.

No comments: