Sunday, March 9, 2008

Kenapa Perlu Melabur?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Bertemu kembali dgn coretan aku. Kenapa perlu melabur? Ramai client yang aku jumpa masih lagi kabur tujuan nak melabur. Ada yang kata aku nak enjoy dululah, ada yang kata alah buat ape duit banyak dan berbagai alasan lagi. Sememangnya apabila kita membuat pelaburan atau saving kita akan terasa sedikit sekatan pada perbelanjaan kita. Tapi apakh kita tau apa akan terjadi di masa hadapan cthnya inflasi yang semakin meningkat ( duit dah kecil nilainya), berlaku kemalangan yang kita tidak duga yang memerlukan kos rawatan yang tinggi, persaraan kita adakh cukup jumlah pencen pada waktu itu (bagi kakitangan kerajaan) atau cukup simpanan KWSP (pekerja swasta). Mengikut kajian simpanan kwsp yang dikeluarkan average hanya bertahan selama 3 tahun so lepas tu nak bagi anak isteri makan apa? So disinilah pentingnya kita perlu merancang kewangan kita dari awal sebelum terlambat. Disini aku listkan beberapa sebab kenapa kita perlu melabur 1. Persaraan - untuk memastikan kita besara denganlebih selesa kerana ada tambahan income. 2. Pendidikan anak2 - kita tahu bahawa kos pendidikan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi semakin meningkat kosnya. Adakah kita nak lihat anak kita yang cemerlang pelajarannya jadi kutu rayau kerana kegagalan kita untuk menabung. Ingatlah generasi masa depan kitalah yang perlu mencorakkan nya. 3. Beli rumah - apabila membuat pelaburan maka kita telah ada pasif income yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan hutang-hutang rumah atau untuk membeli rumah baru untuk dijadikan investment kita so kita boleh retire dengan senang hati tak perlu memikirkan hutang lagi. 4. Menjana Kekayaan - tidak mahu ke kita bersara dengan keadaan selesa dan mampu mendapatkan apa yang kita idamkan. Melaburlah lebih awal untuk kesejahteraan hidup dimasa hadapan. Semoga kita dapat panduan mengapa perlu melabur lebih awal. Kepada adik2 yang baru memulakan karier nak enjoy tu enjoyla tapi peruntukkan sedikt wang untuk simpanan anda.Cth: sekiranya anda melabur dalam unit amanah sebanyak RM10K dengan pulangan sebanyak 12% per year selama 15 tahun potensi pendapatan anda adalah RM54736.00. Untuk rancang kewangan anda dengan unit trust boleh hubungi saya di 0133805814

No comments: