Friday, October 23, 2009

Dugaan

Salam sejahtera,

Kita manusia ni pasti x lari dari menerima dugaan. Cuma yang membezakannya samada kita boleh mengharungi dengan rasa positif atau negatif. Dan dugaan ni pulak datang dengan berbagai cara dan medium...

mungkin kita sendiri yang menghadapi dugaan tu cth paling mudah.. kena sakit kepala, ulser kat mulut, selsema atau melalui ank kecil kita walaupun anak2 kita yang sakit tapi yang x tidur malam, yang risau adalah kita.

kekadang tu hilang gak kesabaran kita. Itulah kelemahan kita sebagai manusia. dari sudut positifnya perkara nih sebenarnya mengajar kita semakin tabah dan sepatutnya kita menjadi lebih baik.

Kerana setiap sesuatu yang Allah turunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin sblm nih kita  x beri perhatian sangat pada anak kita tapi bila dia sakit kita tumpu perhatian pada dia.

Mungkin sebelum nih kata asyik pk nak jadi kaya, kerja siang malam, ada skim cepat kaya walau dah tau x betul masuk tapi bila terkena kita akan berhati2 di lain masa.

So buat diri saya yang banyak buat silap ni dan saudara-saudari diluar sana sama-samalah kita berdoa agar umat manusia seluruh dunia sentiasa mendapat redha Allah terutamnya umat Islam. Kerana setiap yang baik kita buat walau sebesar zarah pasti akan mendapat balasan begitu juga sebaliknya.

Akhir kalam tepuk dada tanyalah iman.

No comments: